AMALI MINGGU 2
- cikgucikgipertanian
- Nov 20, 2018
- 3 min read
Updated: Feb 11, 2019
Alhamdulillah dapat sambung amali untuk minggu yang kedua! YEAY! :) Nak tahu minggu ni aktiviti apa kami buat?? Batas dah buat (/) , tanah pun dah bajak (/), papan pun dah siap potong dan sambungkan (/), lepastu nak buat apa lagi???
Haaa,,sebab itu la kena ikuti post kami setiap minggu..jangan tertinggal.. baru la tahu langkah-langkah nak tanam sayur di ladang kena buat apa.. eksaited bukan???Jadi...
Teruskan membaca! ;) Semoga post kali ini dapat memberi manfaat kepada semua!!!

"Sayuran sangat penting kepada manusia kerana ianya membekalkan vitamin, garam mineral, protein, karbohidrat dan lemak"
17 SEPTEMBER 2018 (ISNIN)

AKTIVITI 1
Pada minggu ini, aktiviti menggembur tanah masih dilakukan kerana keadaan tanah yang sudah kering
Pada minggu ini juga, papan yang telah siap diukur dan disambung pada minggu lepas, perlu ditanam ke dalam tanah sedikit. Jadi batas perlu dicangkul lagi untuk memastikan papan dapat ditanam separuh ke dalam tanah.

AKTIVITI 2 : Membaja
Setelah batas sudah siap digembur dan papan telah diletakkan dengan kemas, baja organik ditabur ke atas tanah. Baja yang digunakan sama la seperti dalam gambar tu ;)
Dalam penanaman sayur, baja amat penting bagi memastikan daun yang dihasilkan banyak dan besar .
Adakah perlu digaul baja dengan tanah? atau tabur sahaja?
Mengikut Pn. Salina, tenaga pengajar kami, baja tersebut perlu digaul ramas bersama tanah supaya dapat mengelakkan nutrien baja larut lesap di udara. Jika sudah sebati dengan tanah, nutrien boleh terus diserap oleh tanaman.

AKTIVITI 3
Selepas, menggaul rata baja pada tanah, aktiviti meratakan batas dimulakan.
Kenapa kena ratakan ?
Jawapannya adalah untuk mengelakkan daripada air betakung atau terhasilnya lopak yang akan menakung air apabila kita siram atau hujan nanti. Kalau dah tabur biji benih, tak ke lemas biji benih tu?? macam mana dia nak membesar.. betul tak?
Jadi..pastikan batas kita rata dan bersih daripada batu dan rumput untuk meneruskan langkah seterusnya. Apa pulak lepas ni? haaa.. jeng jeng jeng !

Setelah selesai meratakan batas kita yang telah ditabur baja dan dgaul bersama tanah tadi, sampailah kita pada langkah atau roses yang ditunggu-tunggu....
AKTIVITI 4 : Menabur Biji Benih
Haa...gambar atas tu biji benih la tu..nampak tak biji hijau tu...
Jadi, sebelum menabur biji benih, kita perlu dalamkan sedikit tanah untuk menabur biji benih.
Sedalam mana kita kena tanam biji benih tu???!!Haa..janganlah tanam biji benih tu sehingga dalam melampau.. cukup sekadar 4x saiz biji benih kita tu kedalamannya.. biji benih tu kecil sahaja bukan? Jadi memadai untuk membuat longkang kecil untuk kita taburkan biji benih kita ;)
Biji benih yang kita tabur tu juga perlu dicampurkan dengan pasir. Untuk apa kita campurkan dengan pasir? Supaya biji benih yang ditabur sekata dan tidak ditabur secara banyak pada sesuatu bahagian.
Bagaiaman pula nisbah biji benih dan pasir tu??!
Gunakan penutup botol mineral sebagai alat ukur nisbah.. jadi satu penutup tersebut dipenuhkan dengan biji benih dan 10x penutup bootl tersebut diguankan untuk menyukat pasir. campurkan pasir dan biji benih yang telah disukat tadi dan taburkan ke dalam longkang kecil yang telah dibuat di atas batas tadi .

SETERUSNYA?

Tanam kayu keliling batas.. untuk apa agaknya?? hmmm... ?

Ouhh.. untuk pasang net hitam ni rupanya... Kayu tadi berfungsi untuk memgenag net hitam ini.. Net hitam ini tidak boleh terkena pada tanah kerana akan menyukarkan pertumbuhan biji benih yang ditabur tadi.
Lepas selesai semua langkah di atas, siram batas kita dan berdoa semoga biji benih yang diletak tadi tumbuh segar dengan sihat dan jayanya. ;)
Eh sebelum itu.. kenapa kena siram paling kurang 2 kali sehari?
Sebab... pertumbuhan tumbuhan memerlukan air untuk membolehkan tindak balas kimia dalam tumbuhan tersebut.. air juga bertindak sebagai pelarut dan medium untuk membawa nutrien dan elemen-elemen lain.
JUMPA LAGI MINGGU DEPAN ;)
Comments