AMALI MINGGU 8
- cikgucikgipertanian
- Nov 19, 2018
- 1 min read
Updated: Dec 8, 2018
Assalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada semua pambaca :)
29 Oktober 2018
Harini merupakan hari sebelum kami semua bertolak ke Cambodia untuk projek kami! Nak ikut ke? nak ikut beli tiket sendiri ye. Heee. tapi sebelum itu, kita kene la selesaikan tugas yang perlu diselesaikan.
Pada minggu ini, tugasan kami adalah untuk membuat penuaian pada sayur yang telah ditanam. Hasil tuaian akan dijual mengikut harga semasa.
Penuaian merupakan proses yang sangat penting di peringkat akhir dalam penanaman sayuran. Masa penuaian yang sesuai bagi sayuran bergantung kepada iklim, musim penanaman dan jenis sayur. Untuk menentukan tahap kematangan sayur bagi mencapai mutu terbaik bukanlah mudah. Jangka masa kematangan, yang tertera pada label yang terdapat pada paket boleh digunakan sebagai panduan sahaja. Indeks penuaian bagi kebanyakkan jenis sayuran buah dan sayuran daun adalah berdasarkan saiz dan warna.
Bagi kami, saiz sayur daun digunakan sebagai kriteria utama bagi indeks penuaian.
Mula-mula, kami membuat penuaian sayur . Antara sayur yang dituai adalah : - bayam merah
- sawi
- bayam hijau


Selepas cabut takkan kita nak jual teruskan. So kita buatla proses seterusnya iaitu basuh, memilih dan membungkus
Alhamdulillah, sayur habis dijual dan pembeli memberi feedback sangat positif.
Selepas itu, kami membersihkan batas dan menyemai biji benih jagung dibatas.
Gambar-gambar semasa menyemai biji benih jagung dari membersihkan batas, menggembur tanah, menanam biji benih dan menutup batas menggunakan net hitam untuk mengurangkan kadar cahaya matahari terus kepada tanaman.
Itu sahaja aktiviti yang kami lakukan pada minggu ini.
*Terima kasih kerana sudi membaca dan melawat entry kami :)
Comments