top of page

"SEED OF HOPE"

Semuanya bermula di sini...

Search

AMALI MINGGU 7

Updated: Dec 29, 2018

PEMBIAKAN VEGETATIF (BEBAWANG/ BULBS) & CANTUMAN BAJI



Minggu ni adalah minggu berkaitan pembiakan vegetatif.


Apa itu pembiakan vegetatif?


Pembiakan vegetatif adalah sejenis pembiakan aseks bagi tumbuhan. Melalui proses ini, tumbuhan dapat berkembang biak tanpa memerlukan biji benih atau spora. Genetik ana yang dihasilkan adalah sama dengan induknya.


Contoh pembiakan vegetatif tu yang mana? tahu tak?


ok la.. sini kami bagi beberapa contoh pembiakan vegetatif:-

  1. Bebawang

  2. Umbisi

  3. Roizom

  4. Tuber

  5. Batang Rayap/stolon

  6. Sulur


Untuk minggu ini.....kami buat amali pembiakan vegetatif bebawang / bulbs


Macam mana nak buat pembiakan jenis bebawang ini?

Step 1


Pokok yang kami ambil ialah pokok bunga bakung atau lebih dikenali sebagai spider lily. Macam mana pokoknya? haa...macam bawah ni



haa..ni lahh pokok spider lily

ni pulak gambar bahagian bebawang yang kita perlukan

step 2

Setelah pokok spider lily tu dipotong dan ditinggalkan bahagian bawah sahaja iaitu bahagian bebawang tu..kita belah bebawang tu kepada dua bahagian..


haaa bila dah belah macam ni lah jadinyaaa.. ni kumpulan kami punya..ihiks

step 3

Sediakan tempat untuk menanam bebawang tersebut. Gunakan medium peatmoss


Haa..macam ni lahh..persediaan medium.. kemudian apa? tanam lah bebawang tuuu.. senang jerrr

Hasilnya?


TADAAAAAAAA

Selain daripada itu kami juga ada melakukan amali cantuman baji.

Apa pulak cantuman baji tu ?

Cantuman baji ini melibatkan dua komponen penting iaitu penanti dan sion.

Apa pulak tu ?

Pokok penanti ialah pokok yang sistem akarnya akan digunakan di dalam cantuman jenis ini.


Manakala sion pula merupakan bahagian pokok seperti mata tunas atau ranting yang akan dicantum dengan pokok penanti.


Macam mana nak tahu cantuman baji tu berjaya ke tidak ?

Kejayaan sesuatu cantuman bergantung pada sama ada sel-sel kambium pokok penanti dan sion boleh bercantum atau tidak. Sebab itu kita perlukan pokok daripada spesies yang sama untuk proses cantuman :)



Apa peralatan yang diperlukan untuk buat cantuman baji?


  • 1. Plastik

  • 2. Parafilem

  • 3. Tali Rafia

  • 4. Pisau

  • 5. Pokok Penanti

  • 6. Pokok Sion


Untuk pokok penanti, pokok penanti perlu dibelah dua pada dahan yang ingin dicantum



Gunakan pisau untuk belah batang dahan sedalam 2cm menggunakan pisau

Bahagian tunas pucuk pula diambil dari pokok sion. Pangkal pucuk dipotong berbentuk baji atau V. Panjang yang dipotong juga kira-kira 2cm dan permukaan perlulah rata dan licin.



Contoh bahagian pucuk yang telah dipotong untuk disambung ke pokok penanti

Seterusnya, pucuk disisipkan pada pokok penanti yang telah dibelah kemas. Letak supaya lapisan kambium bertemu dengan lapisan kambium pokok penanti. Cantuman ini diikat menggunakan parafilem. Kemudia bahagian yang telah dicantum ditutup dengan plastik dan diikat dengan talia rafia.



Bahagian cantuman yang telah diikat dengan parafilem

Hasil?



Tadaaaa..ni lah hasilnya...nampak x bahagian cantuman tu kat bawah tu ? hehe

Sekian sahaja untuk minggu ini. Selamat mencuba! ;)

 
 
 

Comments


bottom of page