top of page

"SEED OF HOPE"

Semuanya bermula di sini...

Search

AMALI MINGGU 10

Updated: Nov 20, 2018


PEMBIAKAN TUT (MARCOTTING)


Pada amali minggu ini kami mempelajari mengenai cara pembiakan tumbuhan secara tut. Amali pada minggu ini berlangsung pada 12 November, 2.00 petang -5 petang bertempat di Dusun UTM. Sebelum kita teruskan entry ini dengan lebih lanjut, haa apa itu tut yaaa? 🤨


šŸ€Definisi tutšŸ€


Tut ini merupakan salah satu teknik pembiakan tampang yang dilakukan pada dahan atau ranting yang masih terlekat pada pokok induk iaitu bahagian yang masih mendapat makanan dan air dari pokok induk. Pembiakan tut adalah untuk mempercepatkan tumbesaran tumbuhan yang ingin dibiakan.


ā—ā—Sedikit info, Pembiakan cara ini sesuai digunakan untuk pokok-pokok yang susah dibiak dengan cara tampang yang lain.



Terdapat dua jenis tut iaitu:

1. Tut udara

2. Tut lentur


Amali minggu ini, kami hanya mempelajari cara bagaimana untuk melakukan pembiakan secara tut udara sahaja.


šŸ€Bahan dan PeralatanšŸ€


Terdapat beberapa bahan dan peralatan yang digunakan semasa amali ini dijalankan. Antaranya adalah:

1. Pisau lipat


Pisau digunakan untuk membuang kulit dahan dan kambium pada bahagian dahan yang dikehendaki

2. Tali rafia


digunakan untuk mengikat plastik pembungkus

3. Plastik pembungkus (Lutsinar)


digunakan untuk membungkus bahagian yang ingin dibiakkan

4. Hormon penggalak akar


Untuk menggalakkan pertumbuhan akar dengan lebih cepat

5. Jiffy pellet


Sebagai media tanaman yang mengandungi tanah semaian yang bersesuaian

6. Media tanaman


Media tanaman ini menggunakan tanah dan peatmoss.

šŸ‘‰šŸ‘‰ Media tanaman yang digunakan adalah tanah loam dan cocopeat yang mana nisbah antara keduanya adalah 1:1

šŸ‘‰šŸ‘‰ Media yang digunakan perlu digaul rata terlebih dahulu dan dicampurkan sedikit air untuk memudahkan media dibentukkan seperti bebola dan memudahkan proses melekapkan media pada ranting yang ditut.


šŸ€Kelebihan dan KekuranganšŸ€


Pembiakan melalui teknik tut ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. antaranya adalah:


1. Cepat berbuah

😁 Ianya cepat berbuah berbanding tanaman daripada biji.


2. Sifat atau ciri yang sama dengan induk

😁 Ianya akan menyerupai sifat indukannya. Pembiakan tut ini akan membuatkan tanaman yang ditutkan memiliki tanaman yang sama dengan tanaman induknya dengan hasil buahnya yang sama serta rasa buah yang juga sama.


3. Cepat matang dan tidak terlalu tinggi

😁 Pokok yang dibiakkan melalui pembiakan tut ini lebih cepat matang dan berbuah lebat dalam ketinggian yang tidak terlalu tinggi berbanding pembiakan melalui biji benih.


Pembiakan melalui teknik tut ini mempunyai kekurangannya iaitu:


1. Mudah tumbang

🤢 Hal ini kerana pokok ini tidak mempunyai akar tunjang yang kukuh untuk menyokong pokok buah-buahan yang dibiakkan.

🤢Pokok yang tidak mempunyai akar tunjang ini mudah rebah terutamanya pada jenis tanah gambut, bris. ianya juga kurang sokongan untuk tumbuhan pokok.


2. Tidak tahan cuaca kering

🤢 Akarnya yang serabut tidak pergi jauh kedalam dan aktiviti menyiram pokok terutama diperingkat awal penanaman adalah kritikal.


3.Tidak boleh dibiakkan dengan kuantiti yang banyak pada pokok induk.


ā—ā— Terdapat beberapa faktor kejayaan untuk pembiakan tut ini iaitu bergantung pada cuaca, kesuburan pokok, kemahiran dalam teknik pembiakan tut dan beberapa faktor lain. ā—ā—

šŸ€Langkah kerja tut udarašŸ€


A.Menggunakan tanah + cocopeat

🌺Pastikan bahan yang hendak digunakan telah disediakan. selain itu, media tanaman mestilah mempunyai ciri-ciri mudah untuk dikepal, melekat dan boleh menyimpan air yang secukupnya untuk proses pengakaran. 🌺

1. Pokok yang dipilih adalah jambu air. setelah itu, dahan yang bersesuaian dipilih untuk ditut. Tekstur dahan tersebut adalah tidak terlalu keras dan lembut.

kawasan yang akan ditutkan itu dibersihkan daripada daun-daun dan ranting kecil.


2. Lapisan pertama kulit pada dahan dibuang berukuran 1.5 cm -2 cm menggunakan pisau lipat.


3. Terdapat kambium pada dahan yang mana kambium tersebut merupakan pembawa makanan pada setiap tumbuhan. Bagi pembiakan ini, kambium perlu dibuang dengan mengikis bahagian tersebut.

Bahagian kambium dibuang

4. Penggalak akar diletakkan diatas bahagian dahan yang telah dikelar.



5. hujung plastik pembungkus diikatkan terlebih dahulu di bahagian hujung dahan menggunakan tali rafia.



6. Media tanaman yang telah dikepalkan dibelah dua dan diletakkan kepada batang.

Plastik yang telah diikat pada bahagian hujung dahan itu tadi, dibalutkan pada dahan dan diikat pula di bahagian pangkal dahan.



7. Balutan hendaklah ketat sehingga menutupi kesemua permukaan kelaran dan dikat pula pada bahagian pangkal dahan.


taraa! sudah siap pembiakan tut menggunakan tanah dan cocopeat inišŸ˜

B.Menggunakan jiffy pellet


Langkahnya sama sahaja seperti menggunakan tanah. Perbezaan diantara penggunaan media tanaman dan jiffy pellet ini adalah, penggalak hormon akar tidak digunakan apabila menggunakan jiffy pellet. Cara menggunakan jiffy pellet adalah:


1.Pokok yang dipilih adalah jambu air. setelah itu, dahan yang bersesuaian dipilih untuk ditut. Tekstur dahan tersebut adalah tidak terlalu keras dan lembut.

kawasan yang akan ditutkan itu dibersihkan daripada daun-daun dan ranting kecil.


2. Lapisan pertama kulit pada dahan dibuang berukuran 1.5 cm -2 cm menggunakan pisau lipat.


3. Terdapat kambium pada dahan yang mana kambium tersebut merupakan pembawa makanan pada setiap tumbuhan. Bagi pembiakan ini, kambium perlu dibuang dengan mengikis bahagian tersebut.


4.Hujung plastik pembungkus diikatkan terlebih dahulu di bahagian hujung dahan menggunakan tali rafia.


5..Jiffy pallete dibelah dua dan diletakkan kepada batang.

Plastik yang telah diikat pada bahagian hujung dahan itu tadi, dibalutkan pada dahan dan diikat pula di bahagian pangkal dahan.



7. Balutan hendaklah ketat sehingga menutupi kesemua permukaan kelaran dan diikat pula pada bahagian pangkal dahan.


taraaa! rajah diatas merupakan pembiakan tut menggunakan jiffy pellet yang sudah siap šŸ˜

Pembiakan tut mengambil masa lebih kurang 3 -4 minggu untuk mengeluarkan akar. Apabila akar sudah mulai keluar, dahan tersebut boleh dipindahkan ke dalam pasu atau batas.


Okay sampai setakat ini sahaja entry untuk minggu ini. Kawan-kawan sudah pun tahu cara untuk membuat pembiakan tut ini. Bolehlah cuba lakukan dirumah yaaa! 🤣


GOODLUCK!😜


Ā 
Ā 
Ā 

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page