top of page

"SEED OF HOPE"

Semuanya bermula di sini...

Search

AMALI MINGGU 6

Updated: Nov 20, 2018


Hai uolls 🤗 ingat lagi tak apa yang aktiviti yang kami dah lakukan untuk pada amali minggu lepas? Ha...!!! Ye... Eksperimen Percambahan Biji Benih kan... Jadi, seperti yang telah kami janjikan entri pada kali ini kami akan memberitahu kamu semua mengenai hasil keputusan dan analisis untuk ketiga-tiga eksperimen yang telah kami jalankan. Jom tengok bawah ni gambar apa?


Ini adalah hasil eksperimen percambahan biji benih yang telah kami jalankan selama 5 hari..


LAPORAN HASIL EKSPERIMEN PERCAMBAHAN BIJI BENIH

A. KEPERLUAN PERCAMBAHAN

KEPUTUSAN



ANALISIS

1. Mengapakah air dalam radas C1 didihkan?

Air dalam radas C1 yang didihkan kerana dapat membunuh bakteria di dalam air tersebut. Selain itu, air yang didihkan dapat menilai perbezaan percambahan biji benih pada radas C1.


2. Apakah faktor yang menyebabkan biji benih tidak bercambah?


i. Air

- Tiada kehadiran dan kekurangan air boleh menyebabkan biji benih tidak bercambah.Hal ini kerana kehadiran air boleh melembutkan lapisan luar biji benih, mengembangkan biji benih serta menghidrat enzim dan sumber makanan yang terkandung di dalam biji benih.


ii. Udara

- Kekurangan oksigen juga salah satu faktor biji benih tidak bercambah. Hal ini kerana biji benih memerlukan oksigen untuk mengaktifkan metabolisma bagi membuat makanan dan proses fotosistesis.


iii. Cahaya

- Sesetengah biji benih boleh bercambah terus dibawah cahaya matahari, tetapi sesetengah biji benih memerlukan keadaan gelap baru boleh bercambah.


iv. Tanah/ Medium Percambahan

- Medium percambahan yang digunakan dalam eksperimen ini adalah kapas. Kapas digunakan adalah untuk membantu dalam penyerapan air dan mengelakkan dari pertumbuhan mikroorganisma lain. Tetapi adalah lebih baik sekiranya medium tanah digunakan sebagai medium percambahan kerana tanah mengandungi nutrient yang tingg dan membenarkan udara mengalir dipersekitaran biji benih.


v. Suhu

- Kemungkinan suhu di Makmal Tisu Kultur adalah terlalu tinggi/sejuk (air-cond) yang boleh merencatkan pertumbuhan biji benih dan suhu terlalu rendah akan melambatkan aktiviti enzim lalu melambatkan pertumbuhan.


3. Apakah kesimpulan yang boleh anda buat mengenai uji kaji ini?

Secara kesimpulannya, biji benih akan bercambah sekiranya mempunyai air, suhu dan udara yang mencukupi. Berdasarkan pemerhatian daripada eksperimen set pertama dan kedua, pada bekas A1 dan A2, terdapat perbezaan yang amat ketara. Pada bekas A1 diletakkan di atas meja manaka pada bekas A2 diletakkan di dalam meja. Apa yang boleh dimanipulasikan di sini adalah tempat yang berlainan. Secara teorinya, tumbuhan memerlukan cahaya untuk membuat pertumbuhan. Percambahan biji benih A1 menunjukkan kadar pertumbuhan biji benih yang kurang iaitu hanya 1 biji benih sahaja yang bercambah manakala bagi bekas A2 pertumbuhan agak tinggi iaitu hanya 6 biji benih yang tumbuh kerana biji benih tidak memerlukan pencahayaan terus untuk bercambah.

4. Kirakan peratus percambahan biji benih dalam bekas C2.



B. MENGKAJI KEADAAN YANG DIPERLUKAN BAGI PERCAMBAHAN BIJI BENIH


KEPUTUSAN




ANALISIS

1. Nyatakan ketidakhadiran bahan atau keadaan yang menyebabkan biji benih tidak bercambah.

a) Tabung uji B : Tiada kehadiran air.

b) Tabung uji C : Tiada kehadiran udara dan oksigen dalam air.

c) Tabung uji D : Keadaan suhu yang sejuk.

d) Tabung uji E : Tiada kehadiran cahaya.


2. Apakah pembolehubah;

a) Dimanipulasikan : Keadaan dan bahan untuk percambahan.

b) Dimalarkan : Bilangan biji benih yang diletakkan dan saiz tabung uji.

c) Bergerak Balas : Percambahan biji benih.


3. Apakah keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih?

Adanya kehadiran air, suhu yang sesuai dan udara.


4. Tabung uji manakah yang bertindak sebagai kawalan?

Tabung uji A kerana mempunyai kehadiran air, udara dan suhu yang mencukupi.


5. Mengapakah minyak digunakan dalam tabung uji C?

Minyak berfungsi untuk menghalang udara daripada masuk ke dalam tabung uji.


6. Apakah yang tidak ditemui dalam air masak (telah didih)?

Bakteria dan bendasing dan oksigen.


7. Apakah yang berlaku pada tabung uji E? Terangkan jawapan anda.

Biji benih bercambah walaupun tanpa kehadiran cahaya kerana percambahan biji benih hanya memerlukan air, udara dan suhu yang sesuai sahaja.


8. Kesimpulan eksperimen ini.

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah dari segi uji kaji ini, tumbuhan memerlukan keperluan asas untuk hidup. Seperti yang diketahui keperluan asas yang diperlukan adalah air, udara, medium dan juga matahari. Berdasarkan pemerhatian eksperimen yang telah dijalankan. dari uji kaji yang dilakukan pada tabung uji A, terdapat semua keperluan yang diperlukan oleh tumbuhan seperti air, udara, cahaya dan suhu yang bersesuaian. Oleh itu, pertumbuhan biji benih agak banyak dan menjadi disebabkan adanya semua keperluan tersebut. Percambahan biji benih hanya memerlukan air, udara dan suhu yang sesuai.


C. PERCAMBAHAN EPIGEAL DAN HIPOGEAL


KEPUTUSAN


Keputusan bagi percambahan Epigeal dan hypogeal kacang merah dan jagung

percambahan bagi benih kacang merah yang telah bercambah selama 5 hari.

ANALISIS

1. Nyatakan perbezaan diantara pertumbuhan Epigeal dan Hipogeal


2. Apakah yang dimaksudkan dengan embrio?

Embrio adalah sebahagian dari benih yang mengandungi bentuk paling awal dari akar, batang dan daun tanaman dan hanya dipakai untuk tumbuhan kecil yang terbentuk dalam biji yang berada dalam keadaan dormansi, menunggu untuk percambahan


3. Kesimpulan daripada eksperimen ini.

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, terdapat perbezaan dalam kedua-dua pertumbuhan. Kacang tanah adalah bersifat epigeall. Apa yang boleh dilihat dari segi pertumbuhan adalah kacang tanah menunjukkan pucuk (kotiledon) bersifat ke atas permukaan tanah. Tanaman yang bersifat epigeal adalah selalunya dikotil. Manakala jagung menunjukkan sifat hipogeal yang mana kotiledon terdapat dalam tanah dan terdapat koleoptil muncul di permukaan tanah. Yang membezakannya adalah epigeal tiada koleoptil manakala hipogeal akan berada di permukaan tanah adalah keleoptil.


Maka dengan ini, selesai lah eksperimen kami. Ha dengan hasil eksperimen ini, kita boleh tahu apa yang biji benih perlukan untuk bercambah dengan baik di tempat dan keadaan yang berbeza. Semoga bermanfaat untuk kamu semua 😃

 
 
 

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page