AMALI MINGGU 5
- cikgucikgipertanian
- Nov 20, 2018
- 4 min read
Updated: Nov 20, 2018
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua pembaca 😎
8 OKTOBER 2018 (ISNIN)
Pada amali minggu ini, kami telah menjalankan eksperimen berkaitan dengan percambahan biji benih. Anda semua tahu ke apakah yang dimaksudkan dengan percambahan?
Percambahan ialah proses tumbuhan mulai tumbuh dari anak benih, spora atau benda lain. Percambahan merupakan peringkat pertama menghasilkan anak benih dan percambahan akan berlaku apabila biji benih mula tumbuh.
Apa itu Biji Benih?
Biji benih merupakan unit pembiakan tumbuhan berbunga yang mampu tumbuh dan berkembang menjadi tanaman yang baru.

Biji benih terbentuk sesudah debunga disenyawakan dan matang dalam tumbuhan induk. Terdapat tiga bahagian pada biji benih iaitu testa, kotiledon dan embrio. Berikut merupakan struktur yang terdapat pada biji benih :


Apa Peranan Biji Benih?
Tujuan utama pembentukan biji benih adalah untuk meneruskan kehidupan sesuatu spesies pokok.
Bagaimana Biji Benih Bercambah?
Ini bergantung kepada jenis biji benih:
1. Tidak dorman
- Biji benih bercambah apabila terdapat air dan suhu yang sesuai. Kehadiran air melembutkan lapisan luar biji benih, mengembangkan biji benih serta menghidrat enzim dan sumber makanan yang terkandung didalam biji benih. Enzim yang terhidrat menjadi aktif lalu aktiviti metabolik biji benih meningkat untuk menghasilkan tenaga untuk pertumbuhan biji benih. Ini menyebabkan akar biji benih (radicle) menjadi anggota pertama yang dapat diperhatikan tumbuh daripada biji benih, menandakan benih anda berdaya maju (viability).
2. Kedormanan
- Dorman merujuk kepada keadaan dimana biji benih mengalami kegagalan untuk bercambah untuk suatu tempoh sehingga syarat-syarat percambahannya dipenuhi, samada secara semulajadi atau tiruan (artificial). Sebagai contoh, biji buah epal perlu direndam selama 30-45 hari untuk memecahkan sifat kedormanan biji buah epal.
Bagaimana cara untuk mengatasi kedormanan? Kedormanan dapat diatasi dengan cara:
Mengikis kulit luar
Merendam dalam air
Melembapkan biji benih pada suhu yang rendah
Jenis-jenis Percambahan
Terdapat dua jenis percambahan iaitu:
a) Percambahan Epigeal
Kotiledon akan keluar dari tanah bersama-sama plumul kerana pemanjangan hipokotil. Contohnya percambahan epigeal ialah bunga matahari dan kacang panjang.
(batang biji benih di bawah kotiledon)
b) Percambahan Hypogeal
Kotiledon akan kekal di bawah tanah. Hanya plumul sahaja yang keluar dari tanah. Kotiledon ditinggalkan dalam tanah semasa pemanjangan epikotil. Contohnya ialah pokok jagung dan pokok getah.
(batang biji benih di atas kotiledon)

"Anda mempunyai tumbuhan yang ingin sangat ditanam. Biji benihnya di tangan anda. Anda rendam, semai, dan siram biji benih setiap hari. Namun anda tidak nampak sebarang perubahan pada biji benih anda. "
Pernahkah anda mengalami keadaan seperti ini? Sekiranya ya, jangan risau, anda bukan keseorangan. Malahan kami sendiri pun pernah mengalaminya beberapa banyak kali 😝😬
Kenapa Biji Benih Tidak Bercambah?
Faktor ini boleh membantu memahami masalah kenapa benih tidak bercambah:
1. Air
Kehadiran air penting untuk percambahan biji benih, namun adalah penting untuk memastikan sumber air yang berterusan. Kekurangan air boleh mematikan biji benih kerana biji benih belum berkemampuan untuk menyimpan air sepertimana pokok dewasa.
2. Suhu
Suhu disini merujuk kepada suhu dalam tanah/media percambahan biji benih. Suhu yang rendah melambatkan aktiviti enzim lalu melambatkan percambahan biji benih manakala suhu yang telalu tinggi boleh menyah-asli enzim lalu merencat percambahan biji benih.
3. Udara
Selain air, oksigen diperlukan untuk mengaktifkan proses metabolik yang menukan sumber makanan didalam biji benih kepada tenaga. Oksigen boleh larut didalam air namun tidak banyak; sekiranya tanah terlalu lembap, ini akan mengurangkan keberadaan oksigen untuk biji benih lalu merencat percambahan disamping menggalakkan pertumbuhan kulat yang kadang-kala boleh mematikan anak pokok seperti Fusarium.
4. Cahaya
Sesetengah biji benih boleh bercambah terus dibawah cahaya matahari, sesetengah biji benih memerlukan keadaan gelap baru boleh bercambah (perlu ditanam didalam medium percambahan) manakala ada sesetengah biji benih yang tidak cerewet.
5. Tanah/Medium Percambahan
Medium yang ideal mampu menyimpan air dan mudah untuk biji benih mendapatkan sumber air, bebas dari sisa-sisa toksik, tidak menggalakkan pertumbuhan mikro-organisma lain serta membenarkan udara mengalir dipersekitaran biji benih.

A. KEPERLUAN PERCAMBAHAN

Bahan dan Peralatan yang Digunakan:

Langkah Kerja :
1. Sediakan set radas seperti Jadual 1 dan Jadual 2.
2. 10 biji benih dimasukkan ke dalam setiap bekas tersebut dan dibubuh dengan kapas.

3. Semua radas disiram/direnjis dengan air kecuali radas B2.

4. Percambahan biji benih diperhatikan setiap hari.
5. Keputusan dicatatkan selepas 3 hari.
SET PERTAMA

SET KEDUA

B. MENGKAJI KEADAAN YANG DIPERLUKAN BAGI PERCAMBAHAN BIJI BENIH

Bahan dan Peralatan yang Digunakan:

Langkah Kerja :

Empat tabung uji berlabel A, B, C dan D disediakan dengan kandungan seperti di atas.
Kemudian, 3 biji benih akan dimasukkan ke dalam setiap tabung uji tersebut.
Seterusnya, tabung uji tersebut akan dibubuh dengan kapas.

2. Tabung uji A, B dan C diletakkan dalam makmal.

Tabung uji D diletakkan dalam peti sejuk.
3. Biji benih diperhatikan selepas lima hari.
4. Pemerhatian direkodkan.

C. PERCAMBAHAN EPIGEAL DAN HIPOGEAL
Bahan dan Peralatan yang Digunakan:
Bikar 80ml / Bekas plastik
Biji benih kacang dan jagung
Peat moss.
Langkah Kerja :

1. Masukkan 60ml peat moss ke dalam 2 bikar. Tandakan A untuk benih kacang dan B untuk benih jagung.

2. Semaikan 2 biji benih kacang pada bekas A dan 2 biji benih jagung pada bekas B.

3. Renjiskan biji benih dengan air setiap hari.
4. Percambahan benih dipantau dan diambil bacaan setiap hari.
Cukup sampai setakat di sini sahaja dulu post entry yang dapat kami kongsikan apa aktiviti dalam eksperimen telah yang kami jalankan di dalam Makmal Tisu Kultur pada minggu ini. Korang mesti nak tengok kan keputusan hasil eksperimen kami? Kita jumpa lagi pada post minggu depan ye untuk laporan eksperimen hasil percambahan biji benih jagung dan kacang merah....
See you gaisss😉
Comments