top of page

"SEED OF HOPE"

Semuanya bermula di sini...

Search

AMALI MINGGU 1

Updated: Feb 11, 2019


Assalamualaikum dan Salam UTM Sanjungan Bangsa!!

Fuuhh! pejam celik,pejam celik.. dah Tahun 4 dah kami berada di bumi UTM ni.. How time flies so fast...macam tak percaya jer kan kami dah berada di semester yang ke-7!!!.. Rasanya macam baru semalam kami jejakkan kaki untuk pendaftaran hari pertama di sini.. Cewahh..! hehehe..


Terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi singgah ke entri kami. Untuk pengetahuan, setiap coretan yang kami post adalah untuk menceritakan tentang apa yang kami pelajari dalam subjek SPPL1212 iaitu subjek Pembiakan dan Pengurusan Tanaman.


Kami terdiri daripada 4 orang iaitu:

  1. NURADIBAH BINTI MOHD YUNUS

  2. NUR ALIAH BINTI ROZALI

  3. NORZIATUL ADILAH BINTI KAMAL RUZI

  4. NOOR ARINA BINTI NAWAWI


Hari ini kami memulakan kelas pertama untuk Semester 7 ini. Sesampainya kami di Ladang UTM, kami disambut mesra oleh tenaga pengajar Puan Salina, En. Abang Hipni dan EnciK Fariz. Kami diberi taklimat ringkas tentang aktiviti, amali dan projek yang telah disampaikan oleh Puan Salina dan Dr. Nur Husna binti Abd Wahid.

10 September 2018 (Isnin)

Apa Tujuan Membuat Batas?


Membuat batas tanaman adalah aktiviti untuk menaikkan atau meninggikan tanah untuk ditanam diatas batas dimana ia adalah bertujuan untuk :


  1. Mengelakkan dari air bertakung, menambah kesuburan tanah dengan meningkatkan pengudaraan tanah.

  2. Memudahkan kawalan rumpai, aktiviti penyiraman dan juga bertujuan untuk aktiviti kawalan penyakit.






Pemilihan Tapak dan Pembahagian Tanah

Pemilihan tapak dan pembahagian tanah ini merupakan perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum memulakan sesi penanaman. Antara ciri-ciri pemilihan tapak yang baik ialah:


1. Jenis tanah yang digunakan mestilah sesuai untuk tanaman sayur.

2. Kawasan tersebut mempunyai sumber air untuk penyiraman dan mencuci.

3. Mempunyai kemudahan insfrastruktur.

4. Jauh dari gangguan perosak dan penyakit.

5. Kawasan lapang yang terdedah kepada cahaya matahari.



Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu ini:


1. Mengukur dan Menanda batas


Setiap kumpulan diberi lot tanah berkeluasan tanah 10 kaki x 5 kaki.

Kami menggunakan pita ukur untuk membuat pengiraan saiz setiap petak kepada semua kumpulan.






2. Merumpai dan membuang batu-batan

Kumpulan saya dan Arina mendapat lot tanah yang tidak bergeran. Manakala kumpulan lain mereka menggunakan tanah sedia ada yang telah diusahakan oleh junior semester lepas.

Kami membersihkan dan membuang rumput liar dan batu-batan terlebih dahulu.


3. Membajak tanah

Kemudian, kami membajak tanah dengan menggunakan mesin penggembur mini.

Kelebihan menggunakan mesin ini dapat membuatkan tanah pada batas kami menjadi yang lebih cantik dan halus selain memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah.



4. Menggembur tanah

Seterusnya, kami menggembur tanah menggunakan cangkul dengan kedalaman sekurang - kurangnya 1 kaki kedalaman. Tujuan penggemburan dilakukan adalah untuk membantu tanaman membiak dengan baik terutama sekali bahagian akar dan percambahan biji benih tanaman.




5. Memotong papan untuk membuat bingkai batas

Kami mencari papan baru di bangsal dan memotong papan tersebut dengan ukuran 10x5 kaki dengan menggunakan gergaji kayu.





6. Memaku dan mencantumkan kotak papan

Kemudian, proses pencatuman papan dilakukan dengan menggunakan paku dan tukul besi.










Okay... ini adalah kotak bingkai papan yang telah siap khas untuk batas kumpulan kami.














7. Mengecat papan pada batas

Akhir sekali, kami mengecat bingkai papan kami dengan menggunakan minyak hitam. Tujuan utama mengecat dengan minyak hitam ini adalah bagi mengelakkan papan dimasuki air dan semut membuat sarang.










Taraaaa....! Inilah hasil kerja amali pada minggu 1 ini... Dapat lihat gambar di atas ini adalah batas setiap kumpulan yang telah siap.

 
 
 

Comentarios


bottom of page