top of page

"SEED OF HOPE"

Semuanya bermula di sini...

Search

AMALI MINGGU 4


Pada minggu ni topik yang dipelajari adalah mengenai pembiakan secara keratan batang. Kawan-kawan tahu tak keratan batang tu bagaimana ya? Okay sebelum kita teruskan dengan lebih lanjut mengenai apa yang dilakukan pada amali minggu ini, saya akan terangkan sedikit mengenai pengenalan pembiakan secara keratan rentas ini.



Stay tuned ya kawan-kawan! ;D


Pembiakan secara keratan batang ini adalah proses dimana menggunakan bahagian tumbahan seperti batang, dahan, dan ranting. Ianya merupakan proses yang paling mudah dilakukan tau. Awak semua boleh cuba lakukan dirumah selepas baca entry ni ya. inshaAllah sejuk mata mendang lihat pokok bunga dan tumbuhan makin membesar. Huhuhu


Selain itu, ianya dapat menghasilkan pokok dalam jumlah yang banyak. Hal ini kerana, bahagian pokok yang diambil boleh dibelah kepada beberapa bahagian( mengikut ketinggian tanaman kerana keratan tanaman kebiasaannya memerlukan 15-20 cm digunakan)


Jenis keratan rentas

Lihat gambarajah diatas, ianya menunjukkan 3 jenis keratan yang dapat kita ambil iaitu:

1. Keratan kayu lembut

  • Ianya diambil pada bahagian pucuk

  • Kulit kayunya hijau dan lembut

  • Daun bahagian bawah keratan ini perlu dibuang

  • Contoh: Pokok Ati-ati

2. Keratan kayu sederhana

  • Ianya diambil pada bahagian dahan kayu yang sederhana

  • Kulit kayunya berwarna perang kehijauan

  • Daun bahagian atasnya dibiarkan

  • Contoh: Pokok Puding

3. Keratan kayu keras

  • Ianya diambil pada bahagian yang berkayu, keras dan matang

  • Kulit kayunya berwarna perang

  • Daun bahagian ini perlu dibuang kesemuanya

  • Contoh: Pokok Angsana

okay, selesai sudah mengenai keratan batang, tapi ada yang masih tak lengkap lagi. Cuba teka apa dia? Trenenene


MEDIUM SEMAIAN!

Bagi menghasilkan tanah semaian ini, campuran medium dari Tanah Loam, Organik, dan Pasir. Mudah sahaja untuk mengingatinya, iaitu TOP.

Fungsi bagi:

a) Tanah loam:

- Mengukuhkan tanaman

b) Organik:

-Mengekalkan kelembapan medium

-Membaiki struktur tanah dan saliran

-Mengurangkan kepadatan tanah

- Lebih mesra alam dan bebas bahan kimia

c) Pasir:

-Memastikan saliran dan pengudaraan yang baik


NISBAH UNTUK TANAMAN


Nisbah ini mengikut kuantiti yang diperlukan oleh kita ya kawan-kawan. Jika kuantiti pokok yang ingi disemai itu banyak, kita boleh pakai nisbah yang paling besar iaitu 7:3:3, tetapi jika kuantiti pokok yang ingin disemai adalah sikit, boleh bakai nisbah 2:1:1 yaa ;)


PENGGALAK AKAR

Terdapat 3 jenis penggalak akar iaitu yang mana :

1. kod 1 : batang yang lembut

2. kod 2 : batang yang sederhana keras

3. kod 3 : batang yang keras



BAHAN DAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Antara peralatan yang digunakan adalah:

1. Sudip tangan

2. Skop

3. Medium semaian

4. Polibag

5. Sekatur

6. Penggalak akar

LANGKAH MENYEMAI KERATAN

Sebelum kelas bermula, pensyarah kami, Dr Husna sudah berpesan supaya membawa 5 jenis pokok yang boleh disemai melalui kaedah keratan. Polibag yang disediakan juga hendaklah ditulis nama dahulu sebelum semaian dilakukan agar kita dapat kenal pasti pokok yang telah disemai sendiri.


Polibag yang telah ditampal nama oleh kumpulan kami


Selepas sesi taklimat yang diberikan oleh Puan Salina, kami teruskan dengan aktiviti amali iaitu menyemai keratan batang. Pada amali kali ini, kami menggunakan tanah loam dan peatmoss sebagai medium semaian. Nisbahnya adalah 2:1


1) Bagi penyediaan medium semaian, tanah yang disediakan digaul bersama peatmoss sehingga sebati menggunakan skop. Bagi tanah yang berketul, hendaklah dihancurkn terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam polybag.


medium semaian yang digunakan, tanah beserta cocopeat

kedua-dua medium ini digaul sebati menggunakan skop

2) Masukkan medium semaian kedalam polibag yang telah dilipat kemas, mampatkan tanah tersebut kedalam polybag dengan berhati-hati.



*Gambar 1 :Polibag yang telah dilipat rapi

Gambar 2 :Medium semaian dimasukkan ke dalam polibag

Gambar 3 :Medium dimampatkan

Gambar 4: Polibag yang telah diisi medium semaian untuk menanam 5 jenis tanaman


3) Seterusnya,lembabkan bahagian pangkal keratan batang. Pastikan keratan tersebut dibahagian pangkal supaya pokok dapat hidup dengan jayanya. Jika terbalik, pokok akan bertunas tetapi hanya sementara waktu sahaja, selepas itu pokok akan mati.

4) Celupkan keratan batang kedalam serbuk penggalak akar.


Keratan batang yang telah dicelup hormon penggalak akar

5) Buat lubang terlebih dahulu dengan mencucukkan sebatang kayu kecil.

6) Kemudian, tanam keratan batang kedalam lubang secara menyerong.


Keratan batang yang telah ditanam

7) Tekankan permukaan medium sehingga betul-betul mampat.

8) Siramkannya dengan air.

9) Pastikan polibag semaian diletakkan ditempatnya teduh. (kami meletakkannya dibawah rumah hijau.)


Sekian sahaja amali pada harini. :D Setelah amali selesai, kami membantu Encik Abang untuk memasang dawai disekeliling batas kawasan batas kami. Selain itu, batas yang ditutupi sungkupan , dibuka untuk memberi pencahayaan sempurna kepada pokok yang terdapat dibatas.



 
 
 

Commentaires


bottom of page